Estetik yang cantik dan hidangan yang enak sahaja belum cukup untuk menjadikan sesebuah kafe itu sebagai tempat persinggahan premium kegemaran ramai. Suasana yang selesa memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti keseluruhan sesebuah kafe. Antara elemen keselesaan yang selalu terlepas pandang adalah elemen akustik.
Pelanggan datang untuk bersantai, berbincang, atau bekerja. Jika kafe anda dipenuhi bunyi bingit dari jalan raya, bergema dengan bunyi mesin kopi dan gelak ketawa yang terlalu kuat, pelanggan pasti akan merasa tidak selesa dan cepat beredar.
Berikut adalah 4 langkah praktikal untuk mengawal bunyi bising dan gema demi mengekalkan suasana premium di kafe anda:
1. Hadang Bunyi Bising Trafik dari Luar
Bagi kafe yang terletak di tepi jalan utama, bunyi tayar dan bunyi deruman enjin kenderaan boleh merosakkan suasana santai premis anda, apatah lagi jika diselangi dengan bunyi hon dan siren.
Cara Mengatasi;
Bina ruang Soundlock: Jika masih terlalu bising, bina pintu masuk lapisan kedua. Bunyi jalan raya yang melepasi pintu pertama akan dihalang sekali lagi oleh pintu kedua, lalu mengurangkan kebocoran bunyi dengan lebih berkesan
2. Asingkan Punca Bunyi Bising dari Kawasan Pelanggan
Bunyi di dalam kafe berpunca daripada pelbagai sumber—bunyi blender, mesin kopi, kawasan dapur, dan sebagainya. Bunyi-bunyian ini tidak dapat dielakkan, tetapi boleh dikawal.
Cara Mengawal:
3. Kurangkan Gema (Reverberation Time) Menggunakan Panel Akustik
Pernahkah anda masuk ke kafe yang terasa sangat hingar-bingar walaupun tidak ramai orang? Ini berpunca daripada Reverberation Time (RT) yang terlalu panjang (terlalu bergema). Jika kafe anda sarat dengan permukaan keras seperti dinding konkrit, cermin, dan lantai jubin, bunyi akan melantun ke sana ke mari dan menghasilkan gema yang tidak terkawal.
Cara Mengatasi:
Pasangkan panel penyerap bunyi di dinding dan/atau siling. Untuk premis F&B, penggunaan panel akustik PET (Polyethylene Terephthalate) sangat digalakkan. Jika ruang membenarkan, letakkan ruang udara diantara panel PET dengan dinding/siling konkrit (tidak dipasang rapat ke permukaan) agar nilai serapan bunyinya menjadi lebih tinggi.
Kenapa PET? Ia jauh lebih selamat dan bersih untuk digunakan di premis F&B berbanding material penyerap bunyi konvensional. Tambahan pula, ia ringan, mudah dipotong, dan sangat mudah untuk dipasang di ruang kafe anda.
Selain PET, penggunaan elemen lain seperti langsir yang berlipat-lipat (pleated) dan sofa atau tempat duduk berkusyen turut dapat membantu mengurangkan gema keseluruhan di dalam kafe anda.
4. Agihan Speaker untuk Muzik Latar (BGM) yang Sekata dan Tuning yang Sesuai
Muzik latar (background music) berfungsi untuk menghidupkan vibe sesebuah kafe. Namun, kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik kafe adalah hanya menggunakan satu atau dua speaker bersaiz besar untuk merangkumi seluruh ruang.
Akibatnya, anda terpaksa menguatkan kelantangannya (volume) supaya muzik sampai ke hujung kedai dan pelanggan yang duduk berhampiran speaker akan berasa teramat bingit!
Cara Mengatasi:
Pasangkan banyak speaker bersaiz kecil secara sekata di ruang yang perlukan BGM (di siling dan/atau dinding). “Tune” frekuensi bunyi (seperti bass dan treble) sehingga mendapat bunyi yang sedap didengar dan “adjust” kekuatan bunyi agar:
Tetapi
Kesimpulan
Sama ada anda sedang merancang pembinaan kafe baharu atau ingin menaik taraf kafe sedia ada, kawalan akustik adalah pelaburan jangka panjang yang amat berbaloi. Kawalan akustik yang baik secara tidak langsung akan membuatkan mereka selesa untuk berada di dalam kafe premium anda, seterusnya berpotensi untuk mereka datang berulang kali.
Berpengalaman dalam bidang akustik dan kawalan bunyi untuk kediaman, pejabat dan fasiliti komersial.
Pautan Pantas