Bilik seminar yang kondusif memerlukan satu elemen penting: penyampaian dan pendengaran yang jelas. Untuk mencapai objektif ini, peserta perlu bebas daripada gangguan bunyi bising dari dalam dan luar, serta memastikan tiada bunyi gema yang mengganggu kejelasan suara. Langkah-langkah ini bagi membolehkan mereka lebih mudah untuk fokus pada sesi penyampaian ataupun mesyuarat yang sedang berlangsung.
1. Bagaimana untuk mengatasi bunyi bising dari luar bilik seminar?
a. Gunakan ‘Acoustic Plenum Barrier’ Untuk Menghalang Bunyi Bocor Dari Siling
Kebanyakan pejabat moden berkonsepkan susun atur terbuka (open layout) dan hanya membina dinding pemisah (partition) setakat paras siling gantung/siling plaster. Ini bermakna, terdapat ruang kosong di antara siling tersebut dan lantai konkrit di atasnya. Ruang kosong tanpa sekatan ini dipanggil sebagai Plenum.
Di ruang Plenum inilah bunyi akan menerobos bebas dari satu bilik ke bilik yang lain. Ia merupakan punca bunyi yang bocor dari ruangan lain seperti ruang pantri, ruang rekreasi, koridor dan lain-lain. Bukan setakat itu, butiran perbincangan di bilik seminar juga mungkin didengari di kawasan luar bilik (tiada privasi).
Cara Mengatasi: Tinggikan dinding partition rapat sehingga ke siling konkrit. Jika sukar, anda boleh
memasang beberapa lapisan Mass Loaded Vinyl (MLV) bersama penebat akustik (acoustic
insulation) di dalam ruang Plenum tersebut. Penyelesaian berkesan ini dikenali sebagai Acoustic
Plenum Barrier.
Nota : Bagi bangunan yang menggunakan sistem ducting, duct silencer perlu digunakan bagi mengurangkan bunyi yang bergerak melaluinya (flanking noise), dalam masa yang sama masih membenarkan aliran udara HVAC.
b. Pintu Sebagai Acoustic Weakpoint
Bilik seminar anda mungkin mempunyai dinding yang tebal mahupun lengkap dengan plenum barrier, tetapi pintu selalunya merupakan laluan termudah untuk bunyi perbualan, gelak tawa, bunyi trafik, dan bunyi kompresor penghawa dingin tembus ke dalam bilik seminar. Sebenarnya masih terdapat ruang udara di sekeliling bingkai dan daun pintu, walaupun ia kelihatan ditutup rapat.
Cara Mengatasi:
● Langkah 1: Tutup ruang udara di sekeliling daun pintu menggunakan acoustic door seal. Ini adalah penyelesaian pertama yang menjimatkan kos.
● Langkah 2: Jika bunyi masih tembus, daun pintu mungkin perlu ditukar. Gunakan daun pintu berketumpatan tinggi seperti solid timber door, fire door, atau yang paling baik, acoustic door.
● Tips: Lakukan modifikasi ini secara berperingkat agar kosnya tidak melambung secara mendadak.
2. Pastikan Bunyi Penghawa Dingin Tidak Terlalu Bising
Setelah gangguan bunyi dari luar dapat dikawal, gangguan bunyi dari dalam bilik seminar turut perlu diberikan perhatian. Selalunya, bunyi bising yang konsisten adalah bunyi dari penghawa dingin. Menurut standard ASHRAE, nilai bunyi bising untuk bilik seminar perlulah tidak melebihi NC?. Sekiranya nilai NC terlalu tinggi, cuba gunakan kelajuan kipas (dalam penghawa dingin) yang lebih rendah, atau gunakan silent mode.
3. Pastikan Suara Tidak Bergema (Meningkatkan Kejelasan Suara)
Setelah punca bunyi bising dapat dikenalpasti dan dikawal, kita perlu pastikan bilik seminar tidak bergema atau bergaung. Jika bergaung, suara/perbualan akan menjadi tidak jelas, hingar-bingar, dan meletihkan pendengaran.
Cara Mengatasi: Perbanyakkan material lembut di dalam bilik seminar untuk menyerap pantulan bunyi berlebihan. Pengunaan permaidani, kerusi berkusyen seperti kerusi banquet atau upholstered seats, serta langsir yang mempunyai lipatan yang banyak adalah antara contoh elemen yang dapat membantu mengurangkan gema.
Sekiranya langkah ini masih tidak memadai (atau anda mahukan kemasan yang lebih clean look), anda boleh gunakan Panel Akustik pada dinding dan siling. Panel ini berfungsi menyerap lantunan bunyi dengan sangat baik.
Kesimpulan
Secara umum, kita perlu mengawal tahap bunyi bising dan kadar gema dalam usaha mendapatkan bunyi yang jelas dalam sesuatu bilik seminar. Secara tidak langsung, langkah-langkah yang dicadangkan dapat meningkatkan privasi dan fokus pengguna bilik seminar tersebut.
BONUS
Gandakan Bilangan Bilik Seminar Anda dengan ‘Acoustic Operable Wall’
Sekiranya anda mempunyai sebuah bilik seminar yang besar yang boleh memuatkan lebih dari satu seminar/perbincangan untuk dijalankan, anda boleh membahagikannya menggunakan acoustic operable wall. Langkah ini dapat mengoptimumkan ruangan itu dengan membolehkan beberapa aktiviti dijalankan secara serentak dan meningkatkan produktiviti.
Namun, satu syarat penting: sistem acoustic operable wall ini wajib digunakan bersama Acoustic Plenum Barrier di bahagian siling untuk mencapai pengasingan bunyi yang efektif!
Berpengalaman dalam bidang akustik dan kawalan bunyi untuk kediaman, pejabat dan fasiliti komersial.
Hubungi Kami
KBC Studio, 7-1, Jalan Bunga Kantan 1, Taman Bunga Kantan, 43000 Kajang, Selangor
© 2026 Kajang Home of Acoustics and Noise Sdn Bhd (1114184-P). Hak cipta terpelihara.