Contoh Projek

Lihat pengalaman kami dalam menyelesaikan pelbagai cabaran akustik di projek-projek korporat, institusi keagamaan, studio muzik, dan bangunan komersial.

Studio TV, Media Prima Berhad

Bangsar, Kuala Lumpur

Cabaran & Penyelesaian:

Sistem kawalan gema kami membantu para pemberita menyampaikan berita dan hal ehwal semasa dengan jelas dan yakin secara langsung di saluran-saluran Media Prima Berhad. Gema yang terkawal serta kadar bunyi bising (Background Noise) yang terkawal membolehkan lavalier microphone yang dipasang di pakaian para pemberita “menangkap” butiran ucapan yang jelas, seterusnya disampaikan melalui saluran TV kepada para penonton di rumah.

Teknik & Teknologi:

Kami menggabungkan penggunaan “High Frequency Acoustic Wall Panels” yang dikitarsemula dari bahan terbuang, dan juga “Laminated Acoustic Ceiling Panel” bagi mengawal kadar gema keseluruhan di dalam studio-studio siaran Media Prima Berhad.

Masjid Al-Khairiyah

Taman Seri Gombak, Selangor

Cabaran & Penyelesaian:

Melalui syarikat usahasama kami, Gema Acoustics PLT, kami telah membantu pihak Masjid Al-Khairiyah untuk meningkatkan kualiti bunyi dan audio di dewan solat utamanya. Kedua-dua pendekatan telah diambil untuk tujuan ini, iaitu “Passive Acoustics” dan “Active Acoustics”.

Teknik & Teknologi:

Pendekatan “Passive Acoustics” melibatkan penggunaan campuran dua jenis panel akustik berbeza iaitu “High Frequency Acoustic Wall Panels” dan “Low Frequency Acoustic Wall Panels”. Panel akustik yang digunakan turut dicetak dengan ayat-ayat suci yang menambahkan lagi nilai estetika Islam. Pendekatan “Active Acoustics” menambahkan keberkesanan audio dari segi teknik equalization, taburan pembesar suara, dan kekemasan pendawaian.

GlamiLemi Music Studio

Bukit Jelutong, Selangor

Cabaran & Penyelesaian:

Projek ini dekat di hati kami kerana rata-rata warga kerja Khan Acoustics adalah pengamal seni muzik. Kami telah bekerjasama dengan pihak GlamiLemi Music Studio sejak dari peringkat merangka rekabentuk studio, pembinaannya, pelancarannya (soft-launch) serta turut memperkenalkan mereka kepada jaringan kenalan kami.

Teknik & Teknologi:

GlamiLemi Music Studio menggunapakai pelbagai produk dari Khan Acoustics contohnya Acoustic Door, Acoustic Viewing Glass, Floating Acoustic Ceiling Panel, Movable “Gobo” Acoustic Panel dan pelbagai lagi. Semua produk ini berfungsi di dalam sebuah sistem akustik yang membantu GlamiLemi Music Studio menerajui bidang produksi audio dan muzik di lokalitinya.

Philippine Stock Exchange Tower

Manila, Philippines

Cabaran & Penyelesaian:

Khan Acoustics dipertanggungjawabkan oleh Alfa Soundscape & Consulting Inc. untuk menilai keberkesanan sistem akustik di sebuah syarikat yang berpengkalan di bangunan berprestij ini. Sistem “Open Office” di premis ini menggunapakai pendekatan “Sound Masking” bagi meningkatkan privasi di tempat kerja.

Teknik & Teknologi:

“Sound Masking” adalah sebuah teknik yang membantu mengurangkan kefahaman pendengar terhadap perbualan yang terjadi di sekitarnya, dengan meningkatkan kadar bunyi persekitaran (background noise) dan menenggelamkan butiran perbualan. Menerusi ujian akustik intensif, Khan Acoustics mendapati sistem yang disediakan berkesan dan sesuai digunapakai oleh syarikat bertaraf antarabangsa.

Pengalaman dan Pencapaian KHAN Acoustics

100+

projek akustik selesai
melibatkan bangunan komersil,
kediaman dan institusi

20+

seminar dan kuliah akustik
di IPT, persatuan dan
khalayak umum

10+

kertas penyelidikan & “citation”
berkenaan akustik Masjid,
tempatan dan antarabangsa

Berpengalaman dalam bidang akustik dan kawalan bunyi untuk kediaman, pejabat dan fasiliti komersial.

Hubungi Kami

+60 19-641 3734

admin@khanacoustics.net

KBC Studio, Kajang, Selangor

© 2025 Kajang Home of Acoustics and Noise Sdn Bhd (1114184-P). Hak cipta terpelihara.