Jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya berkaitan masalah akustik di pelbagai jenis ruang dan bangunan.
Masalah akustik yang kerap dihadapi dan penyelesaiannya
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada bunyi ucapan yang tidak jelas, terutamanya jika ia dijalankan dalam keadaan “indoor”. Pelbagai permukaan keras seperti dinding konkrit, plaster ceiling dan lantai keras akan saling memantulkan bunyi yang dihasilkan dari corong speaker. Sebahagian permukaan keras ini perlu dilapisi dengan panel akustik yang menyerap lantunan bunyi agar kurang bergema, dan menambah kejelasan pada ucapan yang disampaikan.
Secara umumnya kipas akan menghasilkan bunyi yang lebih mengganggu berbanding aircon, terutamanya kipas-kipas bersaiz kecil dan sederhana. Kami amat menyarankan penggunaan kipas gergasi, kerana bunyi yang dihasilkan oleh bilahnya kurang mengganggu, dan angin yang dihasilkan adalah selesa. Cuma perlu dipastikan motor kipas itu tidak bising. Bagi aircon pula, perlu digunakan silencer bagi sistem ducting yang bising, atau gunakan indoor unit yang mempunyai “silent mode” bagi sistem split unit.
Pertama sekali, kejadian ini dipanggil sebagai “feedback” atau “howling”. Ia terjadi apabila mikrofon mula “menangkap” bunyinya sendiri berulang kali dari speaker yang dipasang. Selain memastikan mikrofon tidak terlalu dekat dan tidak menghadap speaker, teknik equalization perlu dilakukan dengan baik, dan gema dewan itu perlu dikawal dengan akustik panel.
Kami sedia membantu anda dengan konsultasi percuma untuk menyelesaikan masalah akustik yang spesifik untuk ruang anda.
Berpengalaman dalam bidang akustik dan kawalan bunyi untuk kediaman, pejabat dan fasiliti komersial.
Pautan Pantas
© 2025 Kajang Home of Acoustics and Noise Sdn Bhd (1114184-P). Hak cipta terpelihara.