Jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya berkaitan masalah akustik di pelbagai jenis ruang dan bangunan.
Masalah akustik yang kerap dihadapi dan penyelesaiannya
Sebagai penyelesaian, kurangkan ruang yang terbuka yang menghadap jalan itu. Jika anda perlukan pemandangan ke luar, gunakan fixed glass. Jika boleh pastikan kedudukan pintu masuk anda tidak menghadap terus ke jalan raya, dan pastikan acoustic door seal dipasang di sekeliling pintu masuk utama. Jika masih terlalu bising, anda boleh bina pintu masuk lapisan kedua. Ruangan antara pintu lapisan pertama dan pintu lapisan kedua dikenali sebagai Sound Lock. Bunyi bising yang bocor di lapisan pertama akan terperangkap di ruang soundlock ini sebelum melalui halangan pintu lapisan kedua. Hasilnya, bunyi bising yang mensmbusi pintu masuk utama anda, akan dapat dikurangkan dengan berkesan.
Gangguan ini berpunca daripada RT, atau Reverberation Time yang terlalu panjang. Jika kafe tersebut mempunyai banyak permukaan keras, bunyi boleh melantun-lantun di sana-sini, membuatkan kita sebagai pelanggan rasa bising dan hingar-bingar. Kita boleh mengawal gangguan gema ini menggunakan panel siling PET. Kenapa PET? Ini kerana PET lebih selamat untuk digunakan berbanding penyerap bunyi konvensional, terutama di premis FnB seperti kafe. Ia juga ringan, mudah dipotong dan mudah dipasang. Dengan menggunakan PET ini, kita boleh mengawal kadar gema dalam kafe tersebut, dan merasa lebih selesa.
Muzik latar yang dipasang di kafe boleh memberikan suasana atau vibe yang santai, tetapi ia perlu dikawal agar tidak mengganggu perbualan para pelanggan. Teknik yang boleh digunakan adalah dengan pemasangan banyak speaker kecil dengan sekata, berbanding hanya satu atau dua speaker besar. Jika kuantiti speaker tidak mencukupi, anda akan terpaksa kuatkan volume supaya bunyi sampai ke seluruh ruang kafe. Akibatnya, pelanggan yang duduk dekat dengan speaker akan rasa bingit dan tidak selesa. Dengan kata yang lain, sistem muzik latar yang baik boleh mencapai dua matlamat: Pertama, ia cukup kuat untuk melindungi anda daripada mendengar perbualan di meja lain. Yang kedua, ia cukup lembut supaya tidak mengganggu perbualan di meja anda sendiri.
Yang pertama, selagi boleh, jauhkan jarak antara kawasan pelanggan dan kawasan yang bising. Yang kedua, cuba halang bunyi-bunyi itu dari datang secara direct kepada kita. Sembunyikan punca bunyi bising itu di sebalik perabot solid ataupun dinding yang keras. Yang terakhir, jika direct sound tidak boleh dihalang, contohnya seperti suara pelanggan yang lain, kita boleh cuba serap indirect sound yang dipantul menggunakan panel akustik di dinding dan siling. Amalkan tiga perkara ini, InsyaAllah, kafe anda akan jadi lebih tenang.
Kami sedia membantu anda dengan konsultasi percuma untuk menyelesaikan masalah akustik yang spesifik untuk ruang anda.
Berpengalaman dalam bidang akustik dan kawalan bunyi untuk kediaman, pejabat dan fasiliti komersial.
Pautan Pantas
© 2025 Kajang Home of Acoustics and Noise Sdn Bhd (1114184-P). Hak cipta terpelihara.