Jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya berkaitan masalah akustik di pelbagai jenis ruang dan bangunan.

Soalan Lazim Akustik

Bangunan Pejabat

Masalah akustik yang kerap dihadapi dan penyelesaiannya

Kebiasaannya pintu bilik mesyuarat adalah bahagian yang paling lemah. Pada keliling daun pintu terdapat ruang udara yang perlu ditutup rapat dengan “door acoustic seal”. Sekiranya masih belum memadai, terdapat langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil seperti menukar daun pintu kepada jenis yang lebih padu, memastikan tiada lubang udara di dinding dan di atas siling, dan sebagainya.

Sekiranya perbualan dilakukan dalam keadaan duduk di kerusi, partition di antara meja bolehlah ditinggikan agar dapat menghalang serba sedikit bunyi yang sampai secara terus. Ini kerana apabila sumber bunyi bising itu dapat dilihat dengan mata kasar, ia turut bermakna bunyi boleh sampai secara terus tanpa kerana tiada hadangan. Selain itu, bunyi juga boleh memantul dari permukaan siling yang keras, yang boleh diatasi dengan menggunakan papan siling akustik yang menyerap pantulan. Jika masih tidak berjaya, disarankan agar dibina “call booth” supaya sebarang perbincangan verbal boleh dilakukan di kawasan/bilik yang berasingan.

Rekabentuk bilik mesyuarat moden sering menggunakan permukaan-permukaan keras seperti kaca, plaster ceiling, wall partition dan lain-lain. Ini mengakibatkan bunyi memantul-mantul di antara permukaan-permukaan keras itu, menghasilkan gema dan suasana hingar-bingar. Dengan menggunakan pelbagai material lembut seperti karpet, langsir tebal/berlipat-lipat, sofa dan sebagainya, kita boleh mengurangkan lantunan bunyi tersebut. Atau, gunakan acoustic panel di dinding atau acoustic ceiling untuk menjimatkan penggunaan ruang.

Masih ada soalan lain?

Kami sedia membantu anda dengan konsultasi percuma untuk menyelesaikan masalah akustik yang spesifik untuk ruang anda.

Berpengalaman dalam bidang akustik dan kawalan bunyi untuk kediaman, pejabat dan fasiliti komersial.

Hubungi Kami

+60 19-641 3734

admin@khanacoustics.net

KBC Studio, Kajang, Selangor

© 2025 Kajang Home of Acoustics and Noise Sdn Bhd (1114184-P). Hak cipta terpelihara.