Jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya berkaitan masalah akustik di pelbagai jenis ruang dan bangunan.
Masalah akustik yang kerap dihadapi dan penyelesaiannya
Komplen sebegini adalah sangat kerap timbul dan ia tidak mempunyai penyelesaian ringkas. Secara teknikal, kaedah paling efektif adalah dengan mengelakkan dari terhasilnya punca bunyi itu. Sebagai contoh, kaki kerusi dan meja disarungkan dengan kain lembut seperti stokin, atau penggunaan permaidani di kawasan perabot yang sering dialih seperti kerusi. Ini adalah untuk mengelakkan geseran/hantukan dengan lantai, yang boleh didengari dengan sangat jauh jika unit berjiran adalah bersambung seperti dalam sesebuah pangsapuri. Walaubagaimanapun, ia tidak semudah itu kerana langkah ini perlu diambil oleh penduduk yang menghasilkan bunyi, bukan penduduk yang menjadi mangsa. Saranan kami adalah berbincang dengan damai melalui pihak pengurusan, dan melantik berpengalaman untuk memberi penerangan kepada pihak yang bertanggungjawab.
Seperti soalan 1, penyelesaian terhadap isu ini tidaklah ringkas. Pihak pemaju/kontraktor perlu memastikan mesin-mesin mekanikal yang digunakan, contohnya motor lif, perlu dipasang dengan lapik isolator, kebiasaannya dari getah atau spring. Ia bertujuan untuk merencatkan getaran dari bahagian mekanikal, kepada struktur bangunan, seterusnya ke dalam unit kediaman penduduk.
Tuan masih belum terlambat. Pertama sekali, kenalpasti ruang mana di dalam unit Tuan itu, yang paling terganggu dengan bunyi “traffic noise” tersebut. Kemudian, berikan perhatian kepada tingkap yang menghadap lebuhraya itu. Kebiasaannya, ruang udara di sekeliling tingkap itu tidak rapat, dan boleh diatasi dengan memasang window acoustic seal (untuk tingkap jenis “swing” sahaja).
Kami sedia membantu anda dengan konsultasi percuma untuk menyelesaikan masalah akustik yang spesifik untuk ruang anda.
Berpengalaman dalam bidang akustik dan kawalan bunyi untuk kediaman, pejabat dan fasiliti komersial.
Pautan Pantas
© 2025 Kajang Home of Acoustics and Noise Sdn Bhd (1114184-P). Hak cipta terpelihara.