Jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya berkaitan masalah akustik di pelbagai jenis ruang dan bangunan.

Soalan Lazim Akustik

Masjid / Surau

Masalah akustik yang kerap dihadapi dan penyelesaiannya

Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kebolehfahaman sesebuah ucapan (speech intelligibility). Antaranya adalah gema berlebihan hasil dari lantunan antara permukaan-permukaan keras dalam sesebuah dewan solat masjid. Ia boleh dirawat dengan menggunakan produk-produk seperti acoustic panel dan acoustic ceiling. Teknologi juga membolehkan panel-panel akustik ini dicetak dengan tulisan Khat dan sebagainya bagi memberikan nilai tambah visual/interior design.

Secara semulajadinya, Imam meninggikan suara kerana risau jemaah tidak dapat mendengar dengan jelas, sedangkan jemaah mendengar dengan baik-baik sahaja kerana terdapat speaker berdekatan mereka. Isunya sekarang, tiada speaker untuk Imam. Speaker jenis ini dipanggil “Monitor Speaker”, untuk Tuan Imam mendengar suaranya sendiri, selesa, yakin dan insyaAllah khusyuk solatnya.

Sejenis speaker “corong” yang digelar “long horn speaker” boleh digunakan bagi menyampaikan azan pada jarak yang lebih jauh tanpa menyakiti pendengaran penduduk yang lebih hampir.

Masih ada soalan lain?

Kami sedia membantu anda dengan konsultasi percuma untuk menyelesaikan masalah akustik yang spesifik untuk ruang anda.

Berpengalaman dalam bidang akustik dan kawalan bunyi untuk kediaman, pejabat dan fasiliti komersial.

Hubungi Kami

+60 19-641 3734

admin@khanacoustics.net

KBC Studio, Kajang, Selangor

© 2025 Kajang Home of Acoustics and Noise Sdn Bhd (1114184-P). Hak cipta terpelihara.